PeMbUKa KaTa

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera..
Apa kabar kawan-kawan semua, saya perkenalkan diri saya Mieza atau lebih dikenali dengan nama manja saya 'adik'..

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/saudari yang menjenguk ke blogspot saya ini. Dengan ini saya memohon sejuta kemaafan andai kata ada terlanjur kata di dalam bogger saya ini.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang....

~AdeQ....

Friday, March 13, 2009

ReSiPi PiLiHaN

Som Tam

BAHAN-BAHAN:

• 1/2 biji buah betik muda


BAHAN A

• 2 tangkai kacang panjang
• 3 ulas bawang putih - diketuk
• 3 tangkai cili api - diketuk
• 2 biji tomato – dipotong dadu
• 2 sudu besar kacang tanah - ditumbuk
• 2 sudu besar gula som tam


BAHAN B

• 1 biji limau nipis – diperahkan jusnya
• 2 sudu besar kicap sotong


CARA MEMBUATNYA:

1. Parut buah betik muda ke dalam lesung som tam.
2. Masukkan bahan A dan tumbuk sehingga pecah sedikit.
3. Masukkan bahan B dan kacau sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan.




Puding Sagu



BAHAN-BAHAN:

• 100 gram sagu 4 cawan air
• 1/3 cawan susu cair
• 1 cawan gula melaka yang telah dimasak
• 1 helai daun pandan
• 'Sprinkle rice'
• 'Whipped light cream'
• Kacang gajus – dihancur halus


CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.

2. Masukkan sagu dan daun pandan. Masakkan kira-kira 10 minit dalam api sederhana panas.

3. Apabila masak, sejukkan sebelum disimpan di dalam peti sejuk lebih kurang satu jam.

4. Kemudian, masukkan sagu ke dalam cawan kaca bersaiz sederhana diikuti gula melaka.

5. Masukkan susu cair ke atasnya. Letakkan 'whipped light cream' dan taburkan sprinkle rice bersama kacang gajus ke atasnya untuk membangkitkan selera anda.

6. Sagu puding sedia dimakan.





YA TUHAN!

Isteri tertekan suami lebihkan keluarga

Persefahaman merupakan titik kepada kerukunan rumah tangga. Ditambah dengan ramuan kasih sayang, cinta, bertolak ansur, permuafakatan dan sebagainya, kesemua elemen ini akan menyuntik menuju kebahagiaan yang sering diharapkan oleh semua pasangan suami isteri.

Namun kadangkala apa yang kita impikan tidak sama dengan apa yang kita peroleh. Minggu ini, kita akan berkongsi tekanan yang dirasai oleh seorang isteri berikutan sikap suaminya yang terlalu melebihkan keluarga. Semoga kisahnya menjadi pengajaran buat semua yang mengalami masalah yang sama. Saya sudah berkahwin sejak tujuh tahun lalu. Pun begitu kami belum dikurniakan anak lagi. Suami merupakan rakan ketika kami samasama menuntut di universiti.

Suami mempunyai keluarga yang besar, 11 orang adik beradik. Pada peringkat permulaan alam perkahwinan kami, saya baru sahaja bekerja selama dua tahun dan suami baru setahun bekerja. Pekerjaan kami di syarikat swasta begitu menuntut komitmen dan fokus yang sangat tinggi.

Memandangkan komitmen dan fokus lebih kepada pekerjaan, maka soal anak tidak terlalu kami tumpukan. Kami juga menyewa sebuah rumah kedai di tingkat satu sebuah restoran Cina yang menjual makanan tidak halal. Kami terpaksa memilih lokasi itu kerana memikirkan komitmen suami yang ingin membantu keluarganya berniaga selepas waktu bekerja.

Perniagaan keluarga suami saya itu hanyalah berhadapan tempat tinggal kami. Ini juga memudahkan keluarga mertua saya untuk berehat dan bersolat. Pada mulanya saya berasa selesa dengan situasi itu, kerana dalam masa yang sama saya ingin membantu meringankan beban suami supaya dia tidak perlu menaiki motosikal pada waktu malam.

Setahun perkahwinan kami, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Keluarga suami ingin melihat kami punya anak. Tapi dalam masa yang sama, keluarga suami saban minggu menyuruh kami ke rumahnya. Ikutkan rasa hati, agak penat tetapi memikirkan perihal keluarganya, saya terus bersabar.

Cuba puan bayangkan, kami bekerja 5 hari seminggu, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang dari bekerja suami terus ke gerai makan ibu bapanya hingga lewat 12 tengah malam. Hanya pada jam 1.00 pagi ke atas kami dapat berbual dan bersama. Hari Sabtu pula, suami saya terpaksa ke gerai lagi hingga lewat petang dan hari ahad pula perlu pergi ke rumah orang tuanya. Adakah ini adil untuk saya?

Waktu yang berkualiti dan terluang untuk kami hanyalah beberapa jam sahaja dalam waktu seminggu. Dalam pada itu, saya mendapat tawaran kerja yang jaraknya agak jauh dari rumah. Gajinya agak lumayan, memikirkan masa membina ekonomi keluarga, saya terima walau pun terpaksa menaiki motor separuh jalan dan selebihnya menaiki kenderaan awam.

Pelbagai cerita mewarnai kehidupan saya ketika itu hinggalah saya mampu membeli sebuah kereta. Dalam masa yang sama, saya mencari rumah sewa yang agak dekat dengan tempat kerja, niat saya hanya mahu memudahkan suami. Malangnya tidak disukai oleh keluarga mentua. Makcik kepada suami menyuruh saya berhenti kerja kerana jauh dari keluarga. Adilkah bagi saya?

Walau bagaimana kami masih melawat mereka hampir setiap hari minggu. Masuk tahun kedua perkahwinan, hanya terlambat ke majlis kenduri anjuran keluarga, adik dan kakak ipar menarik muka. Balik dari situ, saya dan suami bertelagah hingga saya bersumpah tidak mahu jejakkan kaki ke situ lagi.

Sebelum ini, kami pernah bertengkar tetapi itulah yang paling hebat sekali. Pun begitu, hubungan kami masih bertahan kerana cinta. Bagaimana pun, saya selalu risau dan runsing jika keluarga suami cuba menghasut suami agar tidak menyayangi saya. Ada satu insiden membuatkan saya jauh hati, perihal pertunangan adik ipar saya. Wang hantarannya jauh lebih mahal sedangkan saya? Hal itu membuatkan saya berasa seperti tiada harga diri pada pandangan keluarga suami.

Saya terus menyimpan perasaan ini hingga kini, walaupun sudah 5 tahun berlalu. Dua tahun lalu, saya mendapat tawaran kerja di negara Timur Tengah dan meminta izin dari keluarga suami agar suami diizinkan pergi sama. Permintaan itu diizinkan dan saya berasa sangat gembira. Saya berharap dapat membuka lembaran baru buat kami suami isteri dan mengumpul aset untuk kesenangan keluarga. Pun begitu, suami sering merindui keluarganya.

Tahun lalu kegawatan ekonomi terjadi, suami antara yang diberhentikan dan saya masih selamat. Memikirkan diri suami, saya turut berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Walaupun saya tahu saya tiada pekerjaan bila pulang nanti, tapi kami rasa itulah keputusan yang terbaik ketika itu. Kini sudah hampir dua bulan saya mencari pekerjaan baru di sini dan suami sudah bekerja semula di syarikat lamanya.

Masalahnya saya, mengalami kemurungan, kecelaruan dan kerisauan. Keluarga suami juga meminta melawat mereka saban minggu. Saya selalu keseorangan. Saya akan rasa kesunyian yang terlampau bila begitu. Malah saya akan menangis keseorangan. Perasaan saya bercampur baur, di mana saya selalu merasakan yang suami saya terlalu komited dengan keluarganya.

Hubungan intim kami juga tidak seindah dulu, cuma dua tiga kali sebulan. Jiwa saya meruntun bila suami saya meninggalkan saya ke rumah orang tuanya. Walaupun saya cuba jelaskan situasi ini kepadanya, dia masih menjunjung keluarganya. Seolah-olah keluarganya tidak pernah melakukan kesilapan terhadap saya dan keluarga. Saya sangat kecewa, malah selalu sahaja merasa ingin pergi jauh darinya.

Saya juga pernah menyuarakan untuk membubarkan pernikahan kami. Puan kaunselor yang budiman, apa yang saya perlu lakukan? Perlukah saya menurut kata hati untuk pergi jauh darinya. Kerana saya merasakan jika saya terus bersamanya, saya seolah-olah batu penghalang pada keluarganya. Saya mahu suami saya bahagia, walaupun kadang-kadang saya terpaksa makan hati.

Saya juga wanita yang ingin terus maju dalam kehidupan, kerjaya dan sebagainya. Saya juga tidak mahu tunduk dengan keluarganya yang terlalu menuntut komitmen dari suami. Saya rasa biarlah saya beralah walaupun saya tidak bersamanya lagi. Apa perlu saya lakukan?

Wednesday, March 11, 2009

SELAMAT DATANG

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG MENGENALI
TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG
ADIK YANG TAK SEBERAPA NI..THX 4 ALL SUPPORT!!
LAYARI BLOG http://bsmm4jitra.blogspot.com

mieza.mrcs@gmail.com